Bengkel Pengurusan Jenazah


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk bersama-sama mempelajari ilmu pengetahuan.

Alhamdulillah pada 7 April 2018, Kelab Minda Islam (KMI) serta Jawatankuasa Surau Destini Ar-raudhah telah berjaya melangsungkan program Kursus Pengurusan Jenazah yang bertempat di Surau Destini Ar-Raudhah, UITM Kuala Terengganu. Ceramah dan praktikal telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Program ini dirasmikan oleh Pn Adida Bt Mahmud, mursyidah Kelab Minda Islam.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih lanjut kepada pelajar tentang cara mengurus jenazah. Kursus ini memberi penekanan tentang cara yang betul dan tepat jika berlaku kematian secara mengejut pada keluarga atau orang terdekat.

Program yang dijalankan berjalan lancar dan sungguh meriah sekali.




Aktiviti Dalam Program

Slot 1- Ceramah Tanggungjawab Terhadap Jenazah Setelah Hembusan Nafas Terakhir.
Ceramah ini disampaikan oleh YBHG. Ustaz Haji Mohamad Bin Deraman, Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Beliau telah menyampaikan segala ilmu berkenaan cara-cara menguruskan jenazah lelaki dan perempuan kepada semua peserta.
Penyampaian dan input yang telah disampaikan bakal diaplikasikan dalam sesi praktikal memandikan dan mengkafankan jenazah.

Slot 2- Praktikal
Peserta muslimin seterusnya diminta untuk bergerak ke Open Studio bagi praktikal pengurusan jenazah lelaki dan peserta muslimat kekal di surau. Praktikal memandikan dan mengkafankan jenazah telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohamad dan Ustazah Siti Rokiah Binti Ismail iaitu Jurumandi dan Tenaga Pengajar Pengurusan Jenazah. Pengelaman yang sangat menyeronokkan apabila setiap peserta dapat melihat dengan lebih jelas cara memandikan dan mengkafankan. Model yang digunakan adalah dikalangan peserta sendiri.

Penutup dan penyampaian cenderahati.
Majlis penutup telah diadakan sekitar jam 12.30 tengahhari. Penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh mursyidah Kelab Minda Islam Pn.Adida kepada penceramah jemputan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahhari yang disediakan khas oleh ahli jawatankuasa program.
Program seperti ini dapat memberikan impak yang besar kepada peserta dan ilmu yang berguna dalam kehidupan mereka.Setiap peserta yang hadir menunjukkan reaksi yang positif dan menggalakkan program ini dianjurkan lagi.


Gambar-Gambar Sepanjang Bengkel Berlangsung



Penceramah sedang menyampaikan ceramah


Peserta yang hadir menyertai kursus
Ustaz sedang mengukur kain kapan
Praktikal memandikan jenazah
Praktikal solat jenazah
Peserta kursus pengurusan jenazah
Diharapkan pada masa akan datang, sambutan oleh para pelajar lebih memberangsangkan kKerana program seperti ini sangat bermanfaat untuk mengisi masa lapang kita semua. Selain itu program ini merupakan satu cara untuk peserta dapat mempelajari cara pengurusan jenazah secara percuma. InshaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh