Posts

Showing posts from December 17, 2017

Baitul Maqdis Di Hati Umat Islam

Image
Baitul Maqdis adalah terlalu suci buat umat Islam. Ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam. Baitul Maqdis digelar Al-Quds Ash-Sharif (Tempat Yang Suci). Dalam usaha untuk memahami kesucian Bandar ini, seseorang itu perlu memahami struktur iman di dalam Islam. Terdapat tiga prinsip asas: Percaya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah (Tauhid). Percaya bahawa petunjuk Ilahi disampaikan menerusi rasul-rasul dan nabi-nabiNya yang terpilih (Risalah). Percaya bahawa wujudnya kehidupan selepas mati (akhirat), Hari pembalasan dan Syurga serta Neraka. Prinsip yang kedua mempunyai hubungan langsung dengan kecintaan dan komitmen kita terhadap Baitul Maqdis. Kedudukan Baitul Maqdis dalam Aqidah Islam Islam mengiktiraf semua rasul dan utusan Allah S.W.T. . Nama-nama mereka banyak disebut di dalam Al-Quran. Kisah dan ajaran yang mereka bawa diceritakan di dalam kitab suci umat Islam ini. Menurut ajaran Islam, Ibrahim (Abraham), Musa