Surau

Logo Organisasi Surau
Sejarah Pertubuhan :
Surau Destini ar-Raudhah dirasmikan pada 27 Mac 2012 bersamaan 5 Jamadil Awal 1433H, Oleh Allahyarham YM Prof.Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud Rektor UiTM Terengganu

Sebenarnya, nama Destini tercetus sejajarnya dengan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) telah diilhamkan oleh Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar iaitu Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Manakala Ar-Raudhah ini diambil bersempena dengan nama satu kawasan di Masjid Nabawi yang bernama Ar-Raudhah, dimana tempat ini adalah salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Ar-Raudhah juga adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya dalam beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga dikatakan seperti kawasan di taman-taman syurga.

Hadis Nabi S.A.W. mengenai kawasan Raudhah :
"Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga".
[Hadis Riwayat : al-Bukhari dan Muslim]

Semoga suasana di Ar-Raudhah pada zaman Nabi iaitu dakwah, belajar dan mengajar serta ibadah dan khidmat dapat kami hidup dan laksanakan di Surau Destini ar-Raudah UiTM CTKKT.

Sejarah Organisasi Surau:
Pada tahun 2016, Penasihat Kelab Minda Islam Ustaz Mohd Shahnizam telah mencetuskan satu idea baru dengan menubuhkan sebuah organisasi Surau secara tidak rasmi. Pada awalnya organisasi ini bergerak secara tidak rasmi dimana tidak didaftarkan dibawah akta kelab persatuan UiTM atau dengan kata lainnya tidak berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM. Namun, pimpinan Kelab Minda Islam Sesi 16/17 telah menghantar surat rasmi kepada HEP untuk memastikan organisasi Surau ini diiktiraf oleh pihak UiTM terutama UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu. Pada penghujung tahun 2017, organisasi Surau diiktiraf oleh HEP sebagai sebuah organisasi kecil di bawah Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), namun tidak sebagai Kelab/Persatuan rasmi di bawah HEP. Walaupun organisasi Surau dibawah jagaan ACIS, Kelab Minda Islam bertanggungjawab dalam menjaga dan memantau segala pergerakan organisasi Surau. Presiden dan Timbalan Presiden 1 organisasi Surau pula dilantik hanya mereka yang memegang jawatan Exco Surau dalam Kelab Minda Islam. Maka, sesiapa sahaja yang memegang jawatan Exco Surau dalam KMI, secara tidak rasminya mereka adalah Presiden dan Timbalan 1 organisasi Surau. Tujuan organisasi Surau ditubuhkan untuk membantu Kelab Minda Islam dalam mengurus segala yang berkaitan dengan Surau.

Tema :
Menjana Keperibadian Soleh

Visi :
Pusat ilmu dan membina modal insan berkualiti dunia dan akhirat

Misi :
Merealisasikan  Surau sebagai pelengkap pembelajaran bagi memupuk nurani pelajar menuju keredhaan Ilahi melalui pengajaran dan pembelajaran

Surau Ar-Raudhah






Alamat Surau (Perhubungan) :

Surau Destini ar-Raudhah
UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu
21080 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
No. Telefon : 09- 621 6623

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh