Posts

Showing posts from April 8, 2018

Disebalik Isra' Mikraj

Image
27 Rejab merupakan tarikh yang bermakna buat kaum muslimin dan muslimat sekalian alam. Tarikh tersebut merupakan tarikh yang bermakna buat baginda Rasulullah SAW; iaitu peristiwa Isra’ Mikraj.  Secara mudahnya, Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari Masjid al-Haram yang terletak di Mekah ke Masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin. Manakala Mikraj pula adalah perjalanan baginda dari Masjid al-Aqsa ke langit sampailah ke Sidratul Muntaha dan mendapat perintah dari Allah SWT untuk umat Muhammad bersolat. Di dalam al-Quran, kisah Isra’ diceritakan secara jelas, manakala Mikraj pula diceritakan secara tersirat. “Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haraam (Mekah) ke Masjid al- Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [Surah al Isra: 01]...

Bengkel Imam Muda

Image
                              Alhamdulillah! bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya, Bengkel Imam Muda telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh 12 & 13 April 2018 bertempat di Surau Destini Ar Raudah. Objektif utama bengkel ini adalah untuk melatih para siswa menjadi seorang Imam solat yang mengikut syariat Islam. Hal ini kerana anak muda masa kini tiada keberanian untuk menjadi Imam sewaktu solat berjemaah. Kebanyakkan mereka suka menuding jari ke arah orang lain. Aktiviti sepanjang program 12 April 2018, 6pm Slot 1 Para peserta saling bertaaruf (berkenalan) dan solat Maghrib berjemaah. Usai solat berjemaah, bacaan Yaasin dialunkan sementara menunggu waktu Isya’. Selepas solat Isya’ berjemaah slot mentaddabur Surah al Fatihah dengan bacaan mengikut tajwid yang betul. Untuk menjadi seorang Imam, mereka perlu mempunyai kemahiran membaca ayat al Quran dengan taj...

Mujahadah An Nafs

Image
Mujahadah ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak. Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah. Dalam ilmu tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai redha Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil mujahid. "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." [al-Ankabut, 29:69] Dalam kitab تربتنا الروحية   karya Al Marhum Said Hawwa menyebut rukun mujahadah ada empat iaitu: 1.        Memencilkan diri (Al Uzlah) Al-uzlah di sini ialah memencilkan diri daripada segala kekufuran, kemunafikan serta menjauhkan diri daripada majlis yang mempersendakan ayat-ayat Allah. 2.  ...