Kelab Minda Islam

Logo Kelab Minda Islam

Sejarah Pertubuhan :
Kelab Minda Islam (KMI) ditubuhkan secara rasminya di UiTM Terengganu Kampus Kuala Terengganu sekitar tahun 2008 selepas sahaja UiTM telah bersetuju mengambil-alih Kolej Yayasan Terengganu. Usianya kini dalam menjangkau melebihi 8 tahun. Kewujudan KMI sebenarnya telah lama iaitu ketika Kolej Yayasan Terengganu (KYT) lagi dan dahulunya Penasihat Utama KMI adalah Yang Berbahagia Ustazah Rubiah Abu Bakar. Penubuhan KMI telah didaftarkan secara rasmi sebagaimana yang diperuntukan dalam Seksyen 8 bahagian III Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Tema Kelab : 
Ukhwah Dijana, Ummah Diperkasa

Visi :
Membentuk mahasiswa berkualiti pencetus generasi rabbani.


Misi :
  • Memasyarakatkan KMI melalui penerapan elemen dakwah secara holistik.
  • Membudayakan masyarakat kampus dengan suasana biah solehah.
  • Melahirkan ikon yang kreatif intelek dan berdaya saing dalam dunia kontemporari berteraskan keperibadian muslim.

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh