Posts

Showing posts from August 5, 2018

Enam Ciri Mukmin Berjaya

Image
DIRIWAYATKAN oleh Imam Ahmad dari Umar Ibnul Khattab bahawa Rasulullah bersabda: قال: أنزل عليّ عشر آياتٍ من أقامهن دخل الجنّة, ثم قرأ:"قد أفلح المؤمنون" حتئ ختم عشر آيات. Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. Kemudian dibacanya ayat pertama sehingga habis ayat ke-10. Mukmin adalah orang yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat al-qur’an bertambah keimanannya. Bagi seorang mukmin, hidup adalah rangkaian ibadah. Mereka akan menempuh bahtera kehidupan mengikut cara-cara dan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Orang mukmin sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan melakukan ibadah dan kebaikan dengan tujuan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Jadi melalui surah al-Mukminun ayat 1-10 ini, penulis akan berkongsi kepada anda tentang ciri-ciri mukmin berjaya. Moga bermanfaat. 1. Khusyuk dalam solat. Khusyuk