Nikmat Yang Sering Kita Alpa
Jika terdengar perkataan nikmat, apakah yang terbayang oleh kalian? Pastinya yang terbayang diminda kita ialah kemewahan harta benda, pangkat yang tinggi dan kehendak yang sentiasa berjaya dipenuhi. Kita sentiasa beranggapan kehidupan yang dipenuhi dengan keselesaan itu baru dipanggil nikmat. Sedangkan nikmat Allah swt begitu luas dan ternyata ada pada diri setiap insan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Jarang orang lihat kesusahan, keperitan, kesakitan dan kekurangan sebagai sebuah nikmat dari Sang Pencipta. Sedangkan didalam hadis Rasulullah SAW ada diriwayatkan bahawasanya dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Ketahuilah wahai sahabat sekaliannya bahawa dunia dan seisinya hanyalah bersifat sementara dan persinggahan buat kita semua menyediakan bekalan ke alam sana (akhirat). Pernah tak sewaktu celik saja dari tidur, kita terus melafazkan “Alhamdulillah aku masih bernafas”? Sekiranya pernah, Alhamdulillah kerana kalian ...