Kesan Makan Yang Berlebihan
Bersabda Nabi S.A.W. : المؤمن يأكل فى معد واحد والكافر فى سبعة امعاد حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه إن كان وﻻ بد فحقه ثلث للطعام وثلث للشراب وثلث للنفس Ertinya : "Bermula orang yang sempurna iman memakan ia pada satu perut, dan orang yang kafir makan ia pada tujuh perut, memadai akan anak cucu Adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya, jika ada ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah, maka sepatutnya sepertiga bagi makanan, dan sepertiga bagi minuman, sepertiga bagi mengeluarkan nafas" . [Hadis Riwayat Ibnu Umar r.a.] Dinyatakan Imam al-Ghazali di dalam Kitab Minhajul 'Abidin akan 10 sebab kenapa perlunya dijauhi daripada makan yang berlebihan yang membawa kepada kenyang yang teramat. Antaranya : 1. Makan yang banyak sehingga kenyang yang teramat menjadi sebab kepada keras hati. 2. Menjadi sebab kepada banyak perhitungan di akhirat kelak. 3. Menjadi sebab kepada kurang cerdik & kurang pintar serta sukar dalam memahami s...