Posts

Showing posts from April 29, 2018

Asma' Binti Abu Bakar As Siddiq, Dzatun Nithaqain

Image
[ Doa Asma' radhiallahu anha buat puteranya, Abdullah bin Zubair] “Ya Allah! Kasihanilah dia kerana solat yang panjang diselangi tangisan di tengah kedinginan malam yang sepi, ketika orang-orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Ya Allah! Kasihanilah dia yang sering menahan lapar dan dahaga ketika bertugas jauh dari Madinah atau Mekah dalam menunaikan ibadah puasa kepadaMu. Ya Allah! Aku menyerahkannya di bawah pemeliharaanMu, aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku dan baginya, dan berilah kami pahala orang-orang yang sabar...! [Mengenai Asma' Binti Abu Bakar] Saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam) Puteri kepada sahabat Rasulullah yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq;  Isteri Zubair bin Awwam, pejuang dan tokoh Islam yang mengutamakan redha Allah di dalam perjuangannya Merupakan seorang wanita muhajir yang mulia  Bonda kepada Abdullah bin Zubair, salah seorang pejuang yang gugur mempertahankan a...

Jangan Berkahwin Dengan 6 Sifat Perempuan

Image
(Telah berkata) setengah daripada Ulama' Arab : Jangan kamu berkahwin akan segala perempuan yang bersifat dengan 6 sifat iaitu: 1. Al Anaanah : ( أما الأنانة فهي التي تكثر الأنين والتشكي وتعصب رأسها كل ساعة) Iaitu perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu akan halnya, maka berkahwin dengan perempuan seperti itu menyakitkan hati, bahkan tiada diperoleh di dalamnya kebajikan. Sebagai contoh, ia cepat/sering mengeluh walau perkara kecil sekalipun atau berpura-pura sakit dihadapan suaminya kerana tidak mahu suaminya memberatkannya dengan tugas harian. 2. Al Manaanah : ( والمنانة التي تمن على زوجها فتقول فعلت لأجلك كذا وكذا) Iaitu perempuan yang banyak mengungkit-ungkit atas suaminya seperti contoh katanya : "Aku buat kebajikan begini-begini pada engkau, padahal engkau tiada kebajikan pun kepada ku". Setiap kali terjadi masalah, selalu diungkitnya .Dia merasakan pemberian suaminya kepadanya tidak sebanding dengan pemberiannya kepada suaminya. 3. Al Hunaanah : ...

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Image
Saya yakin dan percaya ramai di kalangan kita pernah mendengar nama srikandi Islam Rabiatul Adawiyah. Namun begitu, siapakah sebenarnya beliau? Mari kita selusuri perjalanan hidup Rabiatul Adawiyah dan sama-sama mengambil pelajaran dari kisah ini. Rabiah ialah anak keempat dalam satu keluarga miskin, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat patuh dan taat pada agama, sukakan kebaikan dan sentiasa berdamping diri dengan al-Quran. Ayahnya seorang yang warak, suka memenuhi waktu lapang dengan membaca al-Quran, memperbanyakkan sembahyang sunat dan hati tidak lekang dari berzikir mengingati Allah swt. Rabiah merupakan anak bongsu dan selalu berdamping dengan segala program yang dilakukan oleh bapanya. Perangai Rabiah sangat berbeza dari adik beradiknya yang lain. Sejak kecil beliau telah dapat menghafaz al-Quran. Beliau sentiasa tenang dan tidak gopoh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bila waktu makan, beliau hanya makan sedikit dan berhenti sebelum kenyang. Rabiah selalu...