Posts

Showing posts from March 18, 2018

Bengkel Fasilitator Take Care

Image
                                              Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Bengkel Fasilitator Take Care dapat dilaksanakan dengan jayanya pada pagi tadi. Walaupun cuaca hujan renyai-renyai membasahi kawasan UiTM Kampus Kuala Terengganu, ia tetap tidak menghalang para peserta untuk hadir ke bengkel tersebut. Semangat juang yang tinggi dari para peserta telah membolehkan bengkel ini berjalan dengan lancarnya. Objektif utama bengkel ini ialah untuk mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa/i menerusi penglibatan mereka dalam berorganisasi dan pengurusan seterusnya melahirkan insan yang kental dalam menempuhi cabaran hidup. Aktiviti Sepanjang Program Ice breaking Sebagai muqadimah majlis, sesi ice breaking berlangsung dengan mengagihkan kertas tertera beberapa karakter. Para peserta perlu mencari sahabat-sahabat fasilitator lain yang mempunyai karakter seperti yang tertera di kertas tersebut. Ibrah daripada permainan ini, kita dapat l