Diari Bidadari
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kerana kita masih diberi kesihatan dan kekuatan serta masih diberi peluang untuk terus menyampaikan dakwah secara directly melalui ilmu mahupun aktiviti. Alhamdulillah juga untuk hari ini kerana Kelab Minda Islam (KMI) dan Organisasi Surau akhirnya berjaya melaksanakan Program terakhir Diari Bidadari yakni Diari Bidadari minggu yang ketiga walaupun ada sedikit kekurangan yang mungkin kami tidak dapat elakkan.Hal ini kerana, hakikat manusia itu tidak sempurna, apatah lagi sesebuah aktiviti atau program yang dilaksanakan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan lancar. Sebelum ini, KMI dan surau telah pun melaksanakan program Diari Bidadari siri pertama dan kedua. Aktiviti Dalam Program Minggu pertama , topik yang dibincangkan adalah mengenai "Kesihatan Reproduktif Wanita". Topik ini berkenaan dengan kesihatan peranakan yang sudah semestinya melibatkan kaum hawa. Sebagai contoh, bagaimana untuk mengelak terkenanya k...