Posts

Showing posts from April 1, 2018

Makanan Berkualiti Untuk Memori

Image
Sebagai seorang pelajar dan individu muslim kita hendaklah menjaga otak dan minda kita. Bukan sahaja untuk mengingati dan memahami pelajaran sahaja, malah ia sangat penting bagi mengekalkan fungsi otak yang baik selama-lamanya. Pemilihan makanan yang berkualiti sangat penting dalam memastikan minda kita sihat. Berikut merupakan 6 makanan berkualiti untuk kesihatan minda: 1. Ikan laut dalam Contoh : Sardin Mempunyai sumber omega 3 asid lemak. Mempengaruhi perkembangan sel dalam otak dan mampu meningkatkan daya ingatan. 2. Kekacang Contoh: Walnut, badam, gajus, kuaci dan mentega kacang. Mengandungi Vitamin E. Meningkatkan kemahiran kognitif seperti berfikir dan menghafal. 3. Sayur dan buah Contoh: Jus delima, oren, kismis Merupakan antioksida yang melindungi otak daripada radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan. 4. Bijirin penuh Contoh: Oat, roti bijirin Mengurangkan risiko sakit jantung. Jantung yang sihat akan memberikan pengaliran darah yang baik ke sel

Tanda-tanda Takabbur

Image
Tanda-tanda takabbur yang disenaraikan oleh Syeikh Abdul Somad di dalam Kitab Hidayah as Salikin : 1. Kadang-kadang ia nyata(jelas) pada lidah(perkataan). Contoh : "Aku lebih baik daripada si fulan" . Syaitan juga bersifat takabbur, seperti mana lebih kurang kata-kata yang sama keluar daripada syaitan yang diceritakan dalam Quran : أنا خير منه خلقتني من نار وخلقته من طين Ertinya : "Aku terlebih baik daripadanya, yakni daripada nabi Adam. Engkau jadikanku daripada api & engkau jadikannya daripada tanah" . [Surah al Araf] 2. Kadang-kadang ia nyata pada kedudukan seperti ia meninggikan kedudukannya dan tempat duduknya terdahulu daripada orang ramai. 3. Kadang-kadang nyata ketika berbicara dengan orang, seperti ia tidak mahu kalah pada kata-kata orang lain dan tidak mahu ikut kata-kata orang walaupun ia tahu dirinya yang salah. 4. Kata Imam al Ghazali : والمتكبر هو الذي إن وعظ أنف أو وعظ عنف Ertinya : "Orang yang takabbur itu ialah orang yan

Santai Anak Muda Bersama Dai' Wan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk bersama-sama menambah ilmu pengetahuan terutamanya tentang ilmu agama. Alhamdulillah juga pada 31 Mac 2018, Kelab Minda Islam (KMI) telah berjaya melancarkan program Santai Anak Muda yang bertempat di Dewan Lestari, UITM Kuala Terengganu. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Da'i Wan Dazrin Bin Wan Din yang merupakan seorang penceramah bebas. Program ini juga turut disertai oleh barisan mursyid dan mursyidah. Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk berfikir secara kritis tentang pengetahuan yang disampaikan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Kesimpulan yang dapat saya kongsikan di sini ialah tindakan yang wajar kita lakukan sebagai seorang muslim dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang bakal kita hadapi. AKTIVITI DALAM PROGRAM Pendaftaran Pelajar K