Posts

Showing posts from June 17, 2018

Syawal Dirai, Ramadhan Dirindui

Image
Setelah sebulan umat Islam mengharungi ibadah puasa di bulan Ramadhan, Allah hadirkan satu bulan selepasnya yang dinamakan bulan Syawal. Bulan Syawal adalah bulan kemenangan bagi orang Islam  setelah mana mereka berjaya berpuasa selama sebulan di samping melakukan ibadah untuk mendapatkan rahmat daripada Allah di bulan yang berkah. Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiah. Yang mana bulan yang berkah inilah kita umat Islam telah melakukan sebanyak mungkin amal ibadah kerana berharap ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah S.W.T. Kerana itu dinamakan tarbiah, mendidik umat Islam bersemangat dan bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, diharap hasil tarbiah Ramadhan selama sebulan mampu untuk kita terus istiqomah meningkatkan amalan wajib seperti solat diawal waktu dan memperbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Quran dan bersedekah. Dan semoga tarbiah Ramadhan yang baru sahaja dilalui ini memberi impak kepada peribadi muslim untuk kearah yang le...