Posts

Showing posts from January 21, 2018

Kawan, Membaca Pun Ada Caranya!

Image
          Menuntut ilmu adalah satu ibadah yang mampu menjadi sinar dalam kehidupan setiap muslim. Ilmu menjadikan manusia lebih mengenali keindahan agama Islam dan dapat membezakan yang baik dan yang buruk dalam kehidupan. Membaca adalah salah satu cara untuk memperoleh ilmu. Membaca sangat ditekankan dalam Islam sehinggakan perkataan pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril adalah " Iqra ' " yang bermaksud bacalah. Islam telah menggariskan beberapa panduan ataupun adab-adab membaca: 1. Niat Ikhlas dan Baik Setiap apa yang kita lakukan hendaklah dimulakan dengan niat yang baik. Begitu juga dengan membaca. Membaca bukan sahaja untuk menunjukkan kita ini suka membaca tetapi niatkanlah di dalam hati kita membaca untuk menuntut ilmu yang baik. So, jom betulkan niat kita dahulu sebelum membaca di ruangan blog ini. 2. Pilih Bahan Bacaan yang Bermanfaat Bahan bacaan yang baik sangat penting. Perlulah bahan bacaan yang d...

Siti Khadijah Binti Khuwailid, Usahawan Dermawan

Image
         Siapa yang tidak mengenali srikandi Islam yang cukup hebat, Siti Khadijah Binti Khuwailid. Dilahirkan di Makkah tahun 68 sebelum hijrah. Siti Khadijah sangat terkenal dengan sifat peribadinya yang dermawan dan ketokohannya dalam bidang perniagaan sangat dikagumi oleh bangsa Arab Quraisy. Siti Khadijah terkenal dalam kalangan para sahabat sebagai pejuang dan srikandi yang sanggup berkorban harta dan jiwa raganya demi menegakkan syiar Islam. Beliau juga merupakan cinta hati Rasulullah dan juga wanita pertama memeluk agama Islam. Walaupun Siti Khadijah dikurniakan harta yang melimpah-ruah, beliau masih menjalani hidup secara sederhana.Kekayaan tidak menjadikan Siti Khadijah seorang yang angkuh dan kedekut, namun dengan kekayaan menjadikan beliau seorang yang sentiasa bersyukur. Sikap inilah yang perlu dicontohi oleh setiap individu, kerana harta di dunia hanyalah pinjaman yang sementara. Siti Khadijah merupakan seorang isteri yan...