Kesan Makan Yang Berlebihan

Bersabda Nabi S.A.W. :
المؤمن يأكل فى معد واحد والكافر فى سبعة امعاد حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه إن كان وﻻ بد فحقه ثلث للطعام وثلث للشراب وثلث للنفس
Ertinya :  "Bermula orang yang sempurna iman memakan ia pada satu perut, dan orang yang kafir makan ia pada tujuh perut, memadai akan anak cucu Adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya, jika ada ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah, maka sepatutnya sepertiga bagi makanan, dan sepertiga bagi minuman, sepertiga bagi mengeluarkan nafas" .
[Hadis Riwayat Ibnu Umar r.a.]


Dinyatakan Imam al-Ghazali di dalam Kitab Minhajul 'Abidin akan 10 sebab kenapa perlunya dijauhi daripada makan yang berlebihan yang membawa kepada kenyang yang teramat. Antaranya :

1. Makan yang banyak sehingga kenyang yang teramat menjadi sebab kepada keras hati.

2. Menjadi sebab kepada banyak perhitungan di akhirat kelak.

3. Menjadi sebab kepada kurang cerdik & kurang pintar serta sukar dalam memahami sesuatu kefahaman(kurang faham).

4. Menjadi sebab kepada kurang/sedikit berbuat ibadat kerana sifat manusia apabila makan banyak sehingga kenyang itu boleh menyebabkan kemalasan dan mengantuk mata.

5. Menjadi sebab kepada hilangnya nikmat beribadat.

6. Ditakuti makanan yang dimakan banyak itu adalah makanan yang haram dan syubhah tanpa disedari.

7. Hanya memenatkan tubuh badan dan menyukarkan tubuh badan untuk melindungi daripada segala mudharat.

8. Menjadi sebab kepada sakit mati yg teramat(meninggal dalam keadaan sakit yang teramat)

9. Mengurangkan pahala akhirat.

10. Menjadi sebab kepada kurang pahala untuk dihisab pada hari kiamat kelak.

Wallahualam..

-کتب منهاج العابدين-

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh