Bengkel Fasilitator Take Care
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan izin-Nya, Bengkel Fasilitator Take Care dapat dilaksanakan
dengan jayanya pada pagi tadi. Walaupun cuaca hujan renyai-renyai membasahi kawasan UiTM Kampus Kuala Terengganu, ia tetap tidak menghalang para
peserta untuk hadir ke bengkel tersebut. Semangat juang yang tinggi dari para peserta
telah membolehkan bengkel ini berjalan dengan lancarnya. Objektif utama bengkel ini ialah untuk mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa/i menerusi penglibatan mereka dalam berorganisasi dan pengurusan seterusnya melahirkan insan yang kental dalam menempuhi cabaran hidup.
Aktiviti Sepanjang Program
Ice breaking
Sebagai muqadimah majlis, sesi
ice breaking berlangsung dengan mengagihkan kertas tertera beberapa karakter. Para
peserta perlu mencari sahabat-sahabat fasilitator lain yang mempunyai karakter
seperti yang tertera di kertas tersebut. Ibrah daripada permainan ini, kita
dapat lebih mengenali peserta bukan hanya sekadar nama, malah minat, kelebihan
dan juga kekurangan.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Para peserta telah dipecahkan
kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan akan diberi satu tajuk besar (Ilmu,
Ibadah, Akhlak, Ukhuwwah dan Muslim 24 Hours). Masa yang diberikan ialah selama
satu jam. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang ketua sebagai rujukan dalam
menyelesaikan tugasan yang diberi. Tugasan untuk peserta ialah menulis tentang
tajuk yang diberi di kertas mahjong dan akan menerangkan di hadapan semua
peserta supaya mereka yang hadir ke bengkel ini akan dapat memahami dengan lebih
jelas tentang 5 tajuk utama yang dibincangkan oleh setiap kumpulan.
Q&A On The Spot
Peserta perlu mengambil sehelai
kertas berwarna dimana dalamnya terkandung beberapa soalan tentang isu semasa
dan soalan yang sering adik adik mad’u tanyakan kepada naqib/naqibah. Jadi,
peserta perlu memberikan apa solusi yang akan diberikan kepada adik mad’u
tersebut. Hal ini bertujuan untuk melatih para peserta untuk memahami masalah
orang lain.
Gambar-Gambar Sepanjang
Bengkel Berlangsung
Peserta sedang menyiapkan tugasan LDK |
Peserta menerangkan tugasan yang diberi kepada para hadirin |
Comments
Post a Comment