Kawan, Membaca Pun Ada Caranya!
Menuntut ilmu adalah satu ibadah yang mampu menjadi sinar dalam kehidupan setiap muslim. Ilmu menjadikan manusia lebih mengenali keindahan agama Islam dan dapat membezakan yang baik dan yang buruk dalam kehidupan.
Membaca adalah salah satu cara untuk memperoleh ilmu. Membaca sangat ditekankan dalam Islam sehinggakan perkataan pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril adalah " Iqra' " yang bermaksud bacalah. Islam telah menggariskan beberapa panduan ataupun adab-adab membaca:
1. Niat Ikhlas dan Baik
Setiap apa yang kita lakukan hendaklah dimulakan dengan niat yang baik. Begitu juga dengan membaca. Membaca bukan sahaja untuk menunjukkan kita ini suka membaca tetapi niatkanlah di dalam hati kita membaca untuk menuntut ilmu yang baik. So, jom betulkan niat kita dahulu sebelum membaca di ruangan blog ini.
2. Pilih Bahan Bacaan yang Bermanfaat
Bahan bacaan yang baik sangat penting. Perlulah bahan bacaan yang ditapis. Jangan hentam keromo sahaja memilih bahan bacaan. Hal ini kerana, bacaan yang kita baca akan meresap ke minda dan jika apa yang kita baca adalah sesuatu yang tidak baik, ia mungkin boleh merosakkan minda kita. Carilah bahan bacaan yang membina daya pemikiran kita. Sekarang ini, terdapat banyak sangat bahan bacaan yang baik dan penulisan yang elok untuk dibaca di laman sosial seperti di Facebook, Blog dan sebagainya. Contohnya, surat khabar, buku ilmiah dan bahan berbentuk motivasi.
Elakkan bahan bacaan yang berunsur porno, gosip liar dan lain-lain yang boleh memberi impak negatif, kerana ia jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Hati-hati ye memilih bahan bacaan 😉
3. Menyusun dan menjaga buku
Susun buku ikut saiz dan jilid. |
Seorang Pensyarah Transaksi Syariah pernah menyatakan bahawa, buku itu ada berkatnya. Maka, tidak kira lah buku digital ataupun penulisan media yang berbentuk ilmu perlulah dijaga dengan baik. Jangan hanya dibiarkan di lantai ataupun bersepah di dalam bilik.
4. Kongsikan ilmu
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang menunjukkan sebuah kebaikan, dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya." .
Hadis ini menunjukkan bahawa, sekiranya kita menyebarkan ilmu kepada orang lain dan orang itu beramal dengannya, Insyaa Allah kita akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang mengamalkan apa yang kita sampaikan. Bestkan?😁
Setiap ilmu yang dibaca akan menjadi ilmu yang bermanfaat buat diri dan orang lain apabila kita menyebarkan ilmu tersebut, tidak kira secara bercakap mahupun penulisan di laman sosial. Jom kongsikan ilmu yang kita ada 😊
-Jom Membaca-
Comments
Post a Comment