Tanda-tanda Takabbur

Tanda-tanda takabbur yang disenaraikan oleh Syeikh Abdul Somad di dalam Kitab Hidayah as Salikin :

1. Kadang-kadang ia nyata(jelas) pada lidah(perkataan). Contoh : "Aku lebih baik daripada si fulan" .
Syaitan juga bersifat takabbur, seperti mana lebih kurang kata-kata yang sama keluar daripada syaitan yang diceritakan dalam Quran :
أنا خير منه خلقتني من نار وخلقته من طين
Ertinya : "Aku terlebih baik daripadanya, yakni daripada nabi Adam. Engkau jadikanku daripada api & engkau jadikannya daripada tanah" .
[Surah al Araf]

2. Kadang-kadang ia nyata pada kedudukan seperti ia meninggikan kedudukannya dan tempat duduknya terdahulu daripada orang ramai.

3. Kadang-kadang nyata ketika berbicara dengan orang, seperti ia tidak mahu kalah pada kata-kata orang lain dan tidak mahu ikut kata-kata orang walaupun ia tahu dirinya yang salah.

4. Kata Imam al Ghazali :
والمتكبر هو الذي إن وعظ أنف أو وعظ عنف
Ertinya : "Orang yang takabbur itu ialah orang yang bila ditegur oleh orang lain maka ia rasa marah dan benci. Jika ia pula yang menegur orang lain, maka ia tegur dengan kasar" .

5. Sesiapa yang melihat dirinya lebih mulia daripada sesuatu yang dijadikan oleh Allah S.W.T. walaupun daripada binatang sekalipun, maka ia adalah seorang yang takabbur.

Wallahualam..

-كتب هداية سالكين-

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh