Makanan Berkualiti Untuk Memori

Sebagai seorang pelajar dan individu muslim kita hendaklah menjaga otak dan minda kita. Bukan sahaja untuk mengingati dan memahami pelajaran sahaja, malah ia sangat penting bagi mengekalkan fungsi otak yang baik selama-lamanya. Pemilihan makanan yang berkualiti sangat penting dalam memastikan minda kita sihat.

Berikut merupakan 6 makanan berkualiti untuk kesihatan minda:

1. Ikan laut dalam

Contoh : Sardin
Mempunyai sumber omega 3 asid lemak. Mempengaruhi perkembangan sel dalam otak dan mampu meningkatkan daya ingatan.

2. Kekacang

Contoh: Walnut, badam, gajus, kuaci dan mentega kacang.
Mengandungi Vitamin E. Meningkatkan kemahiran kognitif seperti berfikir dan menghafal.

3. Sayur dan buah

Contoh: Jus delima, oren, kismis
Merupakan antioksida yang melindungi otak daripada radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.

4. Bijirin penuh

Contoh: Oat, roti bijirin
Mengurangkan risiko sakit jantung. Jantung yang sihat akan memberikan pengaliran darah yang baik ke seluruh organ.

5. Coklat hitam

Mengandungi bahan semula jadi yang boleh merangsang minda dan juga bertindak sebagai antioksida. Minda kita akan menjadi lebih peka dan focus dalam melakukan sesuatu. Selain itu,hormon endorphin akan terhasil membantu memperbaiki mood anda.


6. Madu

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh iaitu al-Quran dan madu." (Riwayat Ibn Majah)
Madu membantu dalam meningkatkan daya ingatan dan membekalkan tenaga secara spontan.

Pemilihan makanan yang betul sangat penting untuk otak manusia. Sekiranya tidak menjaganya dari awal mungkin pada usia yang muda minda kita tidak lagi tajam dan susah untuk berfikir dengan baik.

   

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh