Jangan Berkahwin Dengan 6 Sifat Perempuan
(Telah berkata) setengah daripada Ulama' Arab :
Jangan kamu berkahwin akan segala perempuan yang bersifat dengan 6 sifat iaitu:
1. Al Anaanah :
( أما الأنانة فهي التي تكثر الأنين والتشكي وتعصب رأسها كل ساعة)
Iaitu perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu akan halnya, maka berkahwin dengan perempuan seperti itu menyakitkan hati, bahkan tiada diperoleh di dalamnya kebajikan. Sebagai contoh, ia cepat/sering mengeluh walau perkara kecil sekalipun atau berpura-pura sakit dihadapan suaminya kerana tidak mahu suaminya memberatkannya dengan tugas harian.
2. Al Manaanah :
( والمنانة التي تمن على زوجها فتقول فعلت لأجلك كذا وكذا)
Iaitu perempuan yang banyak mengungkit-ungkit atas suaminya seperti contoh katanya : "Aku buat kebajikan begini-begini pada engkau, padahal engkau tiada kebajikan pun kepada ku".
Setiap kali terjadi masalah, selalu diungkitnya .Dia merasakan pemberian suaminya kepadanya tidak sebanding dengan pemberiannya kepada suaminya.
3. Al Hunaanah :
( والحنانة التي تحن إلى زوج آخر أو ولدها من زوج آخر وهذا أيضا مما يجب اجتنابه)
Iaitu perempuan yang ingin kepada suaminya yang lain dan anak daripada suaminya yang lain. Maksudnya, ia tidak ada hati pun pada suaminya atau seperti contoh kita(lelaki) berkahwin dengan orang yang hatinya sebenarnya terletak pada lelaki lain. Inilah sifat yang wajib dijauhi daripada berkahwin dengannya.
4. Al Hudaaqah :
( والحداقة التي ترمي إلى كل شيء بحدقتها فتشتهيه وتكلف الزوج شراءه)
Iaitu perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu, maka ia akan memberatkan suaminya untuk membelinya. Maksudnya, perempuan yang menginginkan apa sahaja yang dilihatnya apabila berbelanja(boros) sehingga memaksa suaminya beli apa sahaja yang diingininya.
5. Al Buraaqah, terdapat dua makna :
( والبراقة تحتمل معنيين أحدهما أن تكون طول النهار في تصقيل وجهها وتزيينه ليكون لوجهها بريق محصل بالصنع والثاني أن تغضب على الطعام فلا تأكل إلا وحدها)
Makna Pertama : Perempuan yang sepanjang waktu berhias(melampau) supaya kelihatan dirinya anggun.
Makna Kedua : Ia tidak suka makan dalam keadaan beramai-ramai kecuali bersendirian dan dia juga akan menyimpan bahagian-bahagian (makanan) tertentu untuk dirinya.
6. As Syadaaqah :
( والشداقة المتشدقة الكثيرة الكلام ومنه قوله صلى الله عليه وسلم إن الله تعالى يبغض الثرثارين المتشدقين)
Iaitu perempuan yang banyak cakap melebihi keperluan dan bicaranya pula tentang hal-hal yang tidak penting.
Wallahualam..
-كتب المهمة-

Comments
Post a Comment