Ada Apa Dengan Zulhijjah?



Adakah kalian tahu, kita berada di bulan apa mengikut kalendar Hijrah? Ya betul. Kita sudah berada dipenghujung bulan iaitu Zulhijjah. Seperti yang kita semua sedia maklum, pada bulan ini ramai jemaah haji berpusu-pusu ke Mekah demi memenuhi panggilan agung menyempurnakan rukun Islam yang ke-5.

Didalam bulan ini terdapat satu hari istimewa yang dipanggil Hari Arafah. Pada hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah, semua jemaah haji berkumpul, bermunajat, merenung dan mengakui akan kelemahan dan ketidakupayaan dalam melakukan sesuatu tanpa kehendak Sang Pencipta. Mereka akan berzikir dan memohon dengan khusyuk dan tawadhuk mengharapkan redha dan ampunan dari Allah SWT. Bagi mereka yang belum berkemampuan untuk menjejakkan kaki ke Arafah pada 9 Zulhijjah, disunatkan untuk berpuasa hari Arafah. Tidak lupa juga untuk sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana disampaikan dalam hadis Rasulullah SAW:

Berpuasa pada hari Arafah menghapus dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

(HR Muslim)

Hari Arafah ialah hari ialah hari yang paling utama di sisi Allah SWT sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW Seutama-utama hari ialah hari Arafah”. Kesemua jemaah haji perlu berkumpul di Arafah pada 9 Zulhijjah untuk melakukan ibadah wukuf. Wukuf di Arafah merupakan puncak ibadah Haji dan merupakan perbezaan utama antara ibadah Umrah dan Haji. Semua tempat di Arafah merupakan tempat wukuf. Arafah merupakan tempat turunnya wahyu terakhir dan tempat pertemuan Raulullah SAW dengan Jibril AS. Tepatnya di lereng bukit (Jabal Rahmah).

HARI ARAFAH BAGI TAHUN 2018

DI Arafah waktu Asar pada 9 Zulhijjah 1438H bersamaan 21 Ogos 2018 hingga ke Maghrib 10 Zulhijjah 1438H bersamaan 22 Ogos 2018 itu dikira waktu Arafah. Inilah waktu paling mustajab untuk berdoa.

Di Malaysia pula pada 21 Ogos 2018 anggaran jam 8.45 malam hingga 11.30 malam. Pada waktu ini, simpan dalam ingatan kita bahawa kita mahu berdoa dan terus berdoa. Jangan puts berdoa dan mengulangi berdoa. Jika mahu menangis, menangislah sepuasnya minta kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh hati supaya Allah SWT mengampunkan segala dosa kita dan orang sekeliling kita dan memberikan rahmat kasih-sayangnya kepada kita semua.


Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah SWT Maha Mendengar lagi Maha Teliti akan segala hajat yang dipinta oleh hamba-hambaNya. Justeru jangan lekas berputus asa dari rahmat Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh