Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh
Sebuah syair memujinya :
Kawan tercinta kekasih Allah; Di tanah Yaman, Uwais al-Qarni. Dia tidak berbohong; dan tidak makan makanan haram Di tanah Yaman, Uwais al-Qarni di pagi hari ia bangun dan mulai bekerja, Dia membaca dalam zikir seribu satu malam Allah; Dengan kata Allahu Akbar dia menghela unta-unta di tanah Yaman, Uwais al Qarni Negeri Yaman "negeri di sebelah kanan", negeri asal angin sepoi-sepoi selatan yang dinamakan nafas ar-Rahman, nafas dari Yang Maha Pengasih, yang mencapai Nabi dengan membawa bau harum dari ketaatan Uwais al-Qarni, sebagaimana angin sepoi-sepoi sebelumnya yang mendatangkan keharuman yang menyembuhkan dari kemeja Yusuf kepada ayahnya yang buta. Ya’kub (QS, 12: 95), telah menjadi simbol dari Timur yang penuh dengan cahaya, tempat di mana cahaya muncul, yang dalam karya Suhrawadi menggambarkan rumah kerohanian yang sejati. "Negeri di sebelah kanan" itu adalah tanah air Uwais al-Qarni yang memeluk Islam tanpa pernah bertemu dengan Nabi.
Biodata Uwais al Qarni
Uwais al-Qarni merupakan seorang pemuda yang masuk Islam semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. .Berasal dari daerah Qaran di Yaman. Beliau wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.
Kisah Uwais al-Qarni
Uwais al-Qarni merupakan satu contoh anak yang sangat soleh sehingga namanya disebut oleh Nabi S.A.W. kepada para sahabat baginda.
Rasulullah S.A.W. pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali :

"Akan lahir di kalangan Tabi'in seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta dia berdoa untuk kamu berdua" .
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W. :
"Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?"

Rasulullah S.A.W. menjawab :
"Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian" .
Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W. , Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras.

Uwais al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sehingga beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais al-Qarni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais al-Qarni tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan. Ia sangat selesa, namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan sedemikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais al-Qarni yang semakin uzur berkata kepada anaknya:
"Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji" .
Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membina sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan beliau juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :
"Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?" .
Uwais al-Qarni menjawab :
"Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu" .
Ibunya bertanya lagi :
"Bagaimana pula dengan dosa kamu?" .
Uwais al-Qarni menjawab :
"Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga" .
Ibunya berkata lagi :
"Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini" .
Uwais al-Qarni berkata :
"Rasa bersalah untuk berdoa seperti perkara tersebut kerana hal ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, seolah-olah saya tidak bersyukur dengan perkara yang dijadikan Allah Ta’ala." .
Ibunya menambah :
"Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa" .
Akhirnya Uwais al-Qarni tidak ada pilihan lain melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya. Namun, kerana takutnya pada dosa pada dirinya masih ada, dia berdoa :
"Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit" .

Allah S.W.T. lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W. kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali :
"Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau jumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni" .
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. , mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah S.W.T. berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata :
"Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W. kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku" .

Maka Uwais al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya :
"Anda hendak pergi ke mana?" .
"Kufah", jawab Uwais.
Sayyidina Umar bertanya lagi :
"Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?" .
Uwais al-Qarni menjawab :
"Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai" .
Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai "orang" yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau, tiada seorang pun yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Namun, ia sangat terkenal di kalangan orang-orang di langit. Siapakah "orang-orang" tersebut? Mereka itu lah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.
Maqam Uwais al Qarni |
Demikianlah kisah Uwais al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.
Wallahua'lam..
Comments
Post a Comment