Mujahadah An Nafs
Mujahadah ialah salah satu istilah yang
sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak. Perkataan
“mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang
bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah.
Dalam ilmu tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai redha Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil mujahid.
"Dan orang-orang yang berjihad
untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.
Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-Ankabut, 29:69]
1. Memencilkan
diri (Al Uzlah)
Al-uzlah di sini ialah memencilkan diri daripada segala
kekufuran, kemunafikan serta menjauhkan diri daripada majlis yang
mempersendakan ayat-ayat Allah.
2. Berdiam
(As Somt)
Sabda Nabi SAW yang bermaksud “ Barang siapa yang beriman
kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah ia berkata perkataan yang baik
ataupun dia diam”.
As somt yang dikehendaki di sini ialah menjaga lidah
daripada melakukan dosa dan lagha seperti mengumpat, mencaci, mengadu domba,
bertengkar, memaki hamun dan bercakap perkara yang sia-sia.
3. Berlapar
(Al Ju’)
Hukum asal dalam soal makan minum ialah makan untuk
menguatkan tubuh badan supaya dapat mengerjakan suruhan Allah. Membazir dan
berlebihan adalah dilarang.
Orang yang sentiasa berlapar akan dikurniai kejernihan
hati dan hikmah. Lapar akan melemahkan hawa nafsu untuk mengerjakan kejahatan.
Di antara rukun Islam ialah berpuasa. Puasa disifatkan oleh Nabi SAW sebagai
pendinding diri daripada mengerjakan sesuatu yang dilarang.
4. Berjaga
malam ( As Sahr)
Islam mengajar umatnya supaya pandai mengurus dan
membahagikan masa. Sekiranya kita tidak pandai mengurus masa, maka ianya boleh
menyebabkan kita mengalami kerugian yang besar. Kita berkemungkinan tidak dapat
solat subuh berjemaah, beristighfar pada waktu fajar, solat tahajjud dan solat
isya’ berjemaah.
“Sesungguhnya orang-orang
yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air,
Sambil menerima segala pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu
di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit
sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan keampunan pada waktu pagi
sebelum fajar. “
[az zariyat, 15 – 18]
Dari keseluruhan makna yang dikandung oleh
kata jihad memang sesuatu yang tidak mudah untuk dilaksanakan, bahkan melelahkan.
Oleh itu, dalam melaksanakannya harus dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan.
“Kita baru kembali dari perang kecil dan
akan menghadapi perang besar. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, gerangan apakah perang besar
itu? Rasulullah SAW menjawab:
“Perang melawan Nafsu”.
Semoga kita semua mampu bersama-sama mujahadah melawan nafsu sendiri. inshaAllah :)
Comments
Post a Comment