Bengkel Imam Muda
Alhamdulillah! bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya, Bengkel Imam Muda telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh 12 & 13 April 2018 bertempat di Surau Destini Ar Raudah.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk melatih para siswa
menjadi seorang Imam solat yang mengikut syariat Islam. Hal ini kerana anak
muda masa kini tiada keberanian untuk menjadi Imam sewaktu solat berjemaah.
Kebanyakkan mereka suka menuding jari ke arah orang lain.
Aktiviti sepanjang program
12 April 2018, 6pm
Slot 1
Para peserta saling bertaaruf (berkenalan) dan solat Maghrib
berjemaah. Usai solat berjemaah, bacaan Yaasin dialunkan sementara menunggu
waktu Isya’. Selepas solat Isya’ berjemaah slot mentaddabur Surah al Fatihah
dengan bacaan mengikut tajwid yang betul. Untuk menjadi seorang Imam, mereka
perlu mempunyai kemahiran membaca ayat al Quran dengan tajwid yang betul.
Seterusnya ialah LDK1. Para peserta dipecahkan mengikut
kumpulan masing-masing dan dikehendaki
senaraikan potongan ayat al Quran beserta tajwid yang betul dan khulasah
daripada surah al Fatihah.
Para peserta tidur di dalam surau dan bangun keesokan
harinya untuk berqiamulail dan solat subuh berjemaah.
13 April 2018, 8am
Slot 2
Para peserta mendengar tazkirah daripada Ustaz bertajuk Imam Membina Ummah. Peserta didedahkan mengenai kepentingan menjadi seorang Imam di dalam masjid, keluarga, masyarakat jua negara.
Slot 3
Bacaan keagungan zikir selepas solat. Peserta didedahkan
dengan zikir dan bacaan doa yang perlu dibaca selepas solat.
Slot 4
Peserta perlu mentadabur 3 Qul (Surah al Ikhlas, Surah an
Naas, Surah al Falaq). Peserta dikehendaki duduk dalam bulatan dan ustaz memberi
pendekatan mengenai 3 Qul secara sempurna agar mudah difahami oleh para
peserta.
Program berhenti seketika untuk memberi laluan kepada para
peserta solat Jumaat.
LDK2- Peserta perlu membuat pembentangan mengenai
tajuk-tajuk slot yang mereka telah belajar bersama Ustaz. Hal ini bertujuan
untuk memastikan kesemua peserta memperolehi input yang bermanfaat daripada
program seterusnya dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian mereka.
Sebelum majlis bersurai, peserta terbaik telah dipilih dan
membawa pulang hadiah yang menarik!
Para peserta Bengkel Imam Muda |
Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program |
Semoga di masa hadapan program-program yang bermanfaat
seperti ini dapat sambutan yang memberangsangkan daripada para siswa. Hal ini
kerana lelaki merupakan bakal pemimpin. Walaupun tidak mampu untuk menjadi
pemimpin negara, menjadi pemimpin yang berguna dalam institusi kekeluargaan
juga sudah memadai. inshaAllah 😃
Comments
Post a Comment