Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim a.s adalah salah seorang Nabi yang mendapat gelaran rasul ulul ‘azmi kerana memiliki kedudukan istimewa disebabkan oleh ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam menyebarkan agama Islam. Beliau juga dikenali sebagai abul adyan (bapa agama). Beliau adalah pengembara spiritual (pencari Tuhan) sebagaimana dikisahkan dalam surah al-An’am ayat 74-79. Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Beliau mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. dan kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Nabi Ibrahim bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama. Nabi Ibrahim a.s mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dilakukan olehnya. Amat berat bagi Ibrahim a.s un...