Adab Berkawan Rasulullah S.A.W

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu Baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda.

Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersma para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda.

Sahabat - sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan memejamkan mata atau memarahi perempuan tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya". Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w.

Baginda tidak akan memperkecil - kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula. "Selemah - lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia - siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali.

Oleh itu, hisablah diri kita, adakah kita boleh bersikap seperti Rasulullah s.a.w.
Insyallah.

Credit: Fatin Liyana

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh