Ceramah dan Solat Hajat


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesihatan dan kekuatan serta masih diberi peluang untuk terus menyampaikan dakwah secara directly melalui ilmu mahupun aktiviti. Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi kerana masih dipanjangkan lagi umur kita untuk terus hidup dan melakukan ibadat kepada-Nya.

Alhamdulillah pada malam ini pihak KMI dengan kerjasama JPK telah mengadakan program Solat Hajat beserta ceramah mengenai Solidariti Umat Islam akan Tuntutan Baitul Maqdis yang disampaikan oleh Ustaz Shahnizam.

Kesimpulan yang dapat saya kongsi disini, sebagai seorang muslim apakah tindakan yang wajar yang dapat kita lakukan? Berapa banyak sumbangan kita? Hal ini kerana Baitul Maqdis sangat penting dan istimewa untuk Umat Islam disebabkan :

1. Tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj.

2. Tempat ibadat umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah.

3. Lokasi terletaknya Masjid Al-Aqsa.

4. Tanda kejayaan tokoh pejuang Islam, Salahuddin Al-Ayyubi yang berjaya merebut kembali Baitulmaqdis dari pemerintahan tentera Salib.

5. Salah satu tanah bumi yang paling ramai para anbiya di dalam sejarah Islam.


AKTIVITI DALAM PROGRAM

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shahnizam



Solat Hajat

Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh