Diari Bidadari


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kerana kita masih diberi kesihatan dan kekuatan serta masih diberi peluang untuk terus menyampaikan dakwah secara directly melalui ilmu mahupun aktiviti.

Alhamdulillah juga untuk hari ini kerana Kelab Minda Islam (KMI) dan Organisasi Surau akhirnya berjaya melaksanakan Program terakhir Diari Bidadari yakni Diari Bidadari minggu yang ketiga walaupun ada sedikit kekurangan yang mungkin kami tidak dapat elakkan.Hal ini kerana, hakikat manusia itu tidak sempurna, apatah lagi sesebuah aktiviti atau program yang dilaksanakan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan lancar. Sebelum ini, KMI dan surau telah pun melaksanakan program Diari Bidadari siri pertama dan kedua.

Aktiviti Dalam Program

Minggu pertama, topik yang dibincangkan adalah mengenai "Kesihatan Reproduktif Wanita". Topik ini berkenaan dengan kesihatan peranakan yang sudah semestinya melibatkan kaum hawa. Sebagai contoh, bagaimana untuk mengelak terkenanya kanser, bincang mengenai menstruation dan sebagainya.

Minggu kedua pula, topik membincangkan mengenai ujian dan cabaran yang dihadapi kaum hawa zaman sekarang yang diberi tajuk dengan "Wanita dulu VS Wanita Sekarang" . Cabaran disini melibatkan dari pelbagai sudut, baik dari segi pemakaian, perspektif mahupun akhlak.

Minggu ketiga, yakni minggu terakhir Diari Bidadari pula, tajuk utamanya adalah "Peranan Mahasiswi sebagai Muslimat" yang mana peranan tersebut meliputi di dalam kampus belajar mahupun terhadap masyarakat amnya mengikut garis panduan syariat Islamiah. 

Antara yang terlibat dalam menyampaikan ilmu ialah Ustazah Rubiah, Umi (Pn. Adida) dan Timbalan  Presiden 1 KMI sesi 17-18, Nora Fasihah.

Gambar-gambar Aktiviti


Ustazah Rubiah mengetuai perkongsian ilmu



Umi (Pn. Adida


Antara peserta-peserta yang terlibat

Timbalan Presiden 1 KMI sesi 17-18, Nora Fasihah berkongsi ilmu


Comments

Popular posts from this blog

Srikandi Islam: Rabiatul Adawiyyah

Mujahadah An Nafs

Uwais al-Qarni Contoh Anak Soleh