Mujahadah An Nafs
Mujahadah ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak. Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah. Dalam ilmu tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai redha Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil mujahid. "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." [al-Ankabut, 29:69] Dalam kitab تربتنا الروحية karya Al Marhum Said Hawwa menyebut rukun mujahadah ada empat iaitu: 1. Memencilkan diri (Al Uzlah) Al-uzlah di sini ialah memencilkan diri daripada segala kekufuran, kemunafikan serta menjauhkan diri daripada majlis yang mempersendakan ayat-ayat Allah. 2. ...

Comments
Post a Comment